Monday, 18 August 2014

Makaroni Bakar Ala KakG

Cerita pasal makaroni ni.. Dlm family kakG ade 2 org yang sgt3x suka mknan western ni.. Anak sulung kakG si Afrina & adik x berapa nk bongsu kakG dania.. X mkn nasi pun x pe boleh dorang ngadap pagi ptg siang mlm... Mmg perut omputih..hihi..hari ni kakG nak kogsi resepi makaroni bakar.. InsyaAllah entry akn dtg kakG kongsikan macaroni goreng lak.. Jom copy & cook..




Bahan-bahan
250g makaroni-direbus
1 biji bawang  besar-dicincang
2 ulas bawang putih -dicincang
1sudu besar serbuk Kari
1tin sos prego - kakG guna herb & cheese
Sosej/isi ayam/ daging cincang - ikut suka byk mn nk letak
Cheese- mozzarella/ Parmesan / cheddar - kakG guna cheese biasa yg petak tu je..

Kuah putih
1 cawan susu cair
1 susu besar tepung gandum
1 sudu teh garam
1 biji telur

Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan besar sehingga layu
2. Masukkan serbuk kari,gaul rata.
3. Masukkan sosej/ayam/daging. Goreng sehingga masak
4. Masukkan makaroni yang siap direbus tadi.

Untuk kuah putih campur semua bahan sehingga sebati.

Masukkan makaroni ke dalam bekas yang bersesuaian.tuang kuah putih tadi dan taburkan cheese..

P/s: memandangkan kakG gunakan cheese petak.. KakG selang seli bahan adunan dengan lapisan cheese ke dalam bekas / loyang

Bakar selama 20 minit suhu 180C

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment