Thursday, 14 August 2014

Nasi Ayam Pasti Sedap Cukup Rasa

Salam semua... Takut kakG tgk tajuk.. Hihihi... Nasi ayam pelbagai versi skang ni kan..siap ade versi nasi ayam ipoh.. Walaupun dok ipoh..x pernah lah lg mencuba..kali ni kakG nak kongsi resepi Nasi Ayam kasih sayang favarote family.. xspecialy ank sulung kakG...tapi mesti buh kismis.. Hihi..ikutkan aje janji mama masak kena hbskan yer...

Jom kita masak....




Lauk Ayam:
1 ekor ayam
2 besar ibu jari Halia
3 ulas Bawang putih
5 biji Bawang merah

Bahan perap:
3sb Sos tiram
3sb Kicap cair
3Sb kicap manis
3sb Madu
3sb Minyak bijan

Cara memasak..
Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama setengah jam...

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap lebih kurang 1jam.

Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyakmenenggelami ayam. 


Nasi Ayam:

4-5sb Mentega 
Stok ayam 
5 biji Bawang merah
3 ulasBawang putih
Sebesar ibu jari Halia
2 helai daun pandan
1 batang serai diketuk
1 kiub pati ayam
Susu full cream ikut sukatan nasi 
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
3-4 pot/tin beras.... Basuh beras...tos dan letak dalam rice cooker. 

Cara memasak..
Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan, serai

Dlm periuk nasi yg berisi beras tadi masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, kiub pati ayam dan gula mengikut rasa & sukatan beras.termasuk bahan tumisan tadi..gaulkan.. Msk nasi cam biasa dgn rice cooker..

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.


Sambal Cili
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia 
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam 
Sos tomota 

Blend cili merah dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Angkat.


Kuah Sup
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan garam dan serbuk ayam.
Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Dah siap...jom makan... Selamat mencuba




No comments:

Post a Comment