KakG pun mcm2 resepi kakG cuba & olah sehingga kakG dapat 1 resepi kakG yang tepat...waaa... Cam master chef kan... Hari ni kskG nak kongsi resepi mee kari..tambah skang kan bln opn hse..tp resepi kakG ni tuk seisi keluarga mkn...klu nk wat opn hse pandai2la double & triple kan..hihi
Bahan-bahan
*** Bahan untuk kuah :
4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
1.5 liter air + 1 kotak santan (200ml) - guna santan fresh pun boleh
1 tin sardin kecil – dikisar sedikit, jangan sampai terlalu hancur (**) - dikisar berasingan dari bahan (*)
500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak)
4 tangkai daun kari
Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
1 labu bawang besar – dikisar (*)
6 ulas bawang merah – dikisar (*)
6 ulas bawang putih – dikisar (*)
200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang
1biji ubi kentang - rebus hingga empuk & dileyek
Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
4 keping asam keping / asam gelugur
Garam & perasa secukupnya
*** Lain-lain bahan & hiasan :
1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
Taugeh – dicelur
Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur
Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
Cili merah – dihiris halus
Daun bawang & daun sup – dihiris halus
Limau kasturi secukupnya - dibelah dua
Daun pudina - klu suka
Cara memasak
Untuk kuah : Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.
Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
Masukkan ubi kentang yang telah dilenyek tadi
Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.
Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...
Cara hidangan : Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya. Tabur cili merah, daun sup/bawang, daun pudina..perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan
P/s : klu x nk masukkan fish ball n cake tu..leh je wat bahan hidangan/hiasan.. Kakg x suka buh dlm kuah skali..hihi
No comments:
Post a Comment