Alkisahnya.. Bulan ramadhan hari tu teringin sangat nak masak resepi ni..tapi bunga kantan n daun kesum x jumpa2.. Dah kena borong ngan peniaga pasar ramadhan kot kan..hihi.. 2 hari lepas mak datang umah.. Kebetulan ade sekumtum bungan kantan ku jumpa di kg tempoh hari..
Ape lagi terus g masak.. Mak tgh ade bg resepi terbaik..la...
Thanks ye mak atas resepi mu...hihi
Bahan-bahan
1 ekor ayah (dipotong kecil)
1 batang serai (dititik)
Daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa ( secawan air)
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
3 biji tomato
Bahan kisar
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar ibu jari belacan
Cara-cara
Ayam digoreng salut garam dan kunyit.. Goreng ala2 x brapa nak masak.. X goreng pun boleh..ikut cita rasa..cuma klu goreng tu..bila lama2 x ler ayam tu hancur berkecai..kebabo..hihi
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan gula.. Atau cukup rasa...
Tambahkan air secukupnya.
Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal.
Tutup api.. Ade lg satu akhir sekali.. Masukkan tomato yang dah di belah 2 atau 4..
Boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih..
Jom masak copek...copek...
No comments:
Post a Comment