Monday, 18 August 2014

Resepi spegeti Ala kakG





Bahan-bahan :
1 paket spaghetti
1 tin sos prego tradisional - KakG guna yang mushroom
1 tin sos speghety prego - mcm tin susu tu KakG guna herb & cheese label warna kuning
1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato)
1 labu bawang holland dipotong dadu
5 ulas bawang putih dipotong dadu
6 batang sosej dihiris nipis
1 keping daging kisar 
Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang.. anak kakG mmg suka.)
Garam
Gula
Air secukupnya
2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya) - kakG x letak pun..tp klu ade mmg sedap
Minyak zaitun - minyak biasa pun x pe tp minyak zaitun utk kesihatan..hihi

Cara masak :

Spaghetti
Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap.

Kuah spaghetti
1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumiskan bawang putih dan bawang holland. Bila telah kekuningan, masukkan buah tomato yang dipotong dadu. Gorengkan sekejap.
2. Masukkan kedua-dua sos prego, daging kisar dan sedikit air. Masak hingga daging empuk.
3. Masukkan garam, gula, sosej, cendawan butang dan daun oregano. Biarkan masak dalam api perlahan anggaran 5 minit. Tutupkan api dan sedia dihidang.


Selamat mencuba...simple..tp nyum..nyumm...



No comments:

Post a Comment